Maklumat Asas Sekolah: Sejarah
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara telah dibina di atas tapak sebahagian Lot TLO 7904, Jalan Larkin, Johor Bahru. Keluasan Projek bangunan sekolah ini dianggarkan sekitar 2-4 hektar.
Tarikh pemilikan tapak bangunan dan projek keseluruhan sekolah ini telah diluluskan pada 7 September 2000.
Kerja-kerja pembinaan mula dijalankan sebulan dari tarikh itu dan projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh masa 24 bulan (2 tahun). Nilai kontrak keseluruhannya ialah RM 9.5 juta. Projek ini dibina secara rundingan terus “Design and Build”. Malangnya atas sebab-sebab tertentu pembinaan projek ini telah terlewat dari jadual.
Penyerahan rasmi projek sekolah ini hanya dapat dilakukan setelah semua kerja-kerja berkaitan dengannya dapat disiapkan iaitu pada tarikh 15 Oktober 2003 (Rabu) jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tasek Utara.
Majlis Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan pada 16 Disember 2003 oleh Tuan Haji A. Hamid b Abu Hassan, wakil rasmi Jabatan Pelajaran Johor, Puan Hajjah Satia bt Kassim, Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, En Mohd Annuar b Buran, Guru Penyelaras Sekolah ini dan Encik Ibrahim bin Ali selaku Guru Besar pertama sekolah ini. Bermulalah era dalam alam pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara ini.
Pada 14 April 2005, satu pertukaran Guru Besar telah berlaku dimana En Ibrahim b Ali, Guru Besar asal telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas Johor Bahru dan diganti oleh Pn Hjh.Tuan Rafingah bt Tuan Soh dari Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 Johor Bahru.